Blog Widget by LinkWithin

.


Join Us On Facebook (^____^)


TERMA & SYARAT

* Tempahan hendaklah dibuat sekurang2nya 4 hari sebelum tarikh penghantaran

* Jika poskod anda tidak boleh sampai dalam sehari , kami tak galakkan utk pos pada hari Rabu , Khamis , Jumaat. Ini untuk elakkan sebarang kejadian kelewatan , kehilangan dan sebagainya.

* Bayaran perlu dibuat dalam masa 24jam selepas anda menerima email pengesahan daripada kami.

* Jika bayaran tidak diterima dalam masa ditetapkan , tempahan anda dianggap batal.
(Sila inform jika anda perlu bayar lewat)

* Kami tidak menerima sebarang COD (Cash On Delivery).

* Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas segala kehilangan atau kerosakan yang berlaku ketika dalam proses pengeposan.

*** Please Check For Date Availability ***

Announcement - Price Revised

>> Saturday, July 4, 2009

Bismillahirahmanirahim...

Assalamu'alaikum...



seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini...
kami ada pengumuman untuk dibuat tentang harga baru kami...
~jangan risau...kami buat ini untuk kebaikan di pihak anda semua juga~

sebelum itu...
biar saya terangkan sedikit tentang rombakan harga Brownies kami...
harap jangan ada yang salah faham dimana mungkin ada yang akan mengatakan yang kami sengaja menukar harga kerana permintaan...
bukan...
percayalah...
kami sendiri tak sangka atas permintaan yang datang...
& setelah segala tempahan yg diterima dinilai dan dikaji semula...
juga setelah kira2 dibuat...
kami dapati ada sedikit kerugian di pihak kami...

oleh itu...
setelah perbincangan keluarga dibuat...
kami mengambil keputusan untuk merombak semula harga Brownies kami...
rombakan / perubahan ini juga membawa untung kepada anda pembeli semua...


Harga Baru Brownies :

** Walnut Brownies:
- Large = RM 48
- Medium = RM 33

** Plain Brownies :
- Large = RM 40
- Medium = RM 28

kami menukar dari Full Tray kepada Large dan Half Tray kepada Medium supaya mudah untuk difahami dan lebih adil bunyinya...

harga untuk size Large adalah tidak berubah dari harga lama...
tapi yang berubah adalah harga untuk size Medium atau Half Tray...

untuk pengetahuan semua...
bilangan Brownies untuk size Medium adalah lebih banyak berbanding 'Half Tray'...
jika sebelum ini untuk size Half Tray , terdapat banyak ruang kosong dalam bekas yang kami sediakan...
selepas ini , untuk size Medium...
kami akan memenuhkan setiap ruang dalam bekas tersebut supaya anda dapat menikmati lebih banyak BRownies dari sebelumnya....
dan oleh sebab itu , kami menaikkan sedikit harga untuk size Medium & dalam masa yang sama , menambah bilangan Brownies dalam size itu...
jadi anda juga untung bukan?
:)

dan supaya anda tahu...
kami menggunakan bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan Brownies kami...
daripada coklat , butter , telur dan lain-lain , semuanya kami pilih produk yang bagus...
dan juga walnut...
harap anda tahu bahawa Walnut adalah kacang import , jadi harganya adalah mahal sedikit...

jika dibandingkan harga jualan dan kos ,
kami memang tak ambil banyak untung...
lagipun ini adalah percubaan pertama kami...
saya (Hunny) masih lagi belajar.. (sepenuh masa)
dan ini adalah hanyalah sambilan sahaja... (separuh masa)
sekadar mencari duit tambahan...
sebab itu kami tidak mencari untung yang banyak...
sekadar ingin berkongsi dengan anda di luar sana tentang Brownies kami...
:)

dan untuk penghantaran pula (Delivery)...
kami hanya akan menyediakan
'Self-Collect' di PKNS , Shah Alam sahaja
dan Poslaju...

Pick-up point hanyalah di PKNS , Shah Alam kerana mulai minggu hadapan , saya (Hunny) akan kembali ke kolej...
(sbb itu saya bagi promotion sementara saya masih free di rumah & saya sebolehnya cuba masukkan anda dalam minggu2 ini sebelum saya masuk kelas...)
dan Dyan pula bekerja sepenuh masa...
jadi kami tidak punya banyak masa untuk ke sana ke mari...
dan pihak kami bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang caj untuk penghantaran di PKNS , Shah Alam...
~berita baik untuk anda juga.. :) ~

dan untuk POSLAJU...
kami kenakan caj berikut :

- Semenanjung = RM 10
- Sabah Sarawak = RM 18

tetapi ingin dimaklumkan...
sekiranya anda menempah 2 size Medium (2 bekas Medium)...
caj Poslaju adalah berbeza iaitu :

- Semenanjung = RM 17
- Sabah Sarawak = RM 20

harap anda faham situasi kami dan jangan pernah menyesal membeli dari kami...
harap terus mendapat sokongan dari anda semua...
dan anda terus mempercayai kami...
:)

ini saya tulis semula senarai harga (price list) untuk rujukan anda :

** Walnut Brownies :
- Large = RM 48
- Medium = RM 33

** Plain Brownies :
- Large = RM 40
- Medium = RM 28

** Delivery
1) PKNS , Shah Alam = No Charge
2) Poslaju :
- Semenanjung = RM 10
- Sabah Sarawak = RM 18

- Jika dua bekas 'Medium' :
- Semenanjung = RM 17
- Sabah Sarawak = RM 20

Harga baru ini akan berkuatkuasa serta-merta...
Bagi pelanggan yang sudah menempah sebelum ini untuk minggu hadapan,
jgn risau...
harga anda adalah seperti yang sy nyatakan dalam email...
:)


"Baik untuk anda , baik juga untuk kami"

"Yang buruk cakap dengan kami , yang baik , sebarkanlah pada kawan-kawan..."

Terima kasih atas masa anda membaca pengumuman ini...
dan semoga anda semua dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati-Nya...
amin...

Sekian...





Lots of Luv ,


Read more...

Promotion Officially Closed

Salam semua...

terima kasih banyak-banyak atas sokongan anda...!!!
seikhlasnya kami terkejut dengan tempahan/order yang kami terima sehingga penuh hingga minggu hadapan...
(alhamdulillah...)
kami tak sangka yang kami akan dapat order sebanyak ini...
kerana seperti yang anda tahu , kami baru sahaja memulakan perniagaan online ini (dr 19jun)...
jadi untuk permulaan , memang kami menjangkakan agak susah untuk mendapatkan pelanggan...

tapi kami ingin berterima kasih byk kepada Chics kerana disebabkan oleh review beliau lah ,
blog ini secara tiba2 menerima ramai pengunjung & mendapat banyak tempahan...
(alhamdulillah sekali lagi...)

juga jutaan terima kasih byk2 kepada pelanggan yang telah buat review di blog atau menyebarkan tentang Brownies kami kepada rakan2 di luar...
terima kasih byk2...
(Kak Fathi , Kak Neza , Azue , Didie , Kak Syerah , Hazinee - hingga hari Isnin)
:)

terima kasih juga kepada pelanggan2 lain (yg dah terima brownies dan juga yg masih menunggu) kerana mempercayai kami untuk menghasilkan Brownies anda yang Chewy...



dan dengan ini...
secara rasminya saya menutup promosi pembukaan kami...
~wahhh... macam nak rasmikan event besar2 plak....cesss...HAHHAHAHA...~
maka harga Brownies akan kembali kepada harga asal...

dan kami ada satu pengumuman untuk dibuat tentang harga Brownies kami , serta caj penghantaran...
itu akan dibuat dalam next entry...
(jangan salah faham...bukan kerana permintaan yang byk kami ingin ubah harga kami... tapi kami akan terangkan dalam entry selepas ini...)

sekali lagi...
terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua !!!
semoga anda semua sentiasa dimurahkan rezeki dan dilindungi-Nya...
amin...

sekian...
terima kasih...



Lots of Luv ,


Read more...

Annoucements

>> Friday, July 3, 2009

Salam semua...
I have several annoucements to make...
kenyit

1) Order for this week is FULL except for Saturday (2 or 3 slots) (self pick-up only)
~ I'm sorry... :) ~
~ Alhamdulillah...thanx to all for your overwhelming supports !!! :) ~

Next week :
- Monday
- Tuesday (another 1 slot )
- Wednesday
- Thursday

2) To those whose orders are confirmed & are on your way to make payment , PLEASE please include my email address in your transactions...
Otherwise , please copy the receipt & send an attachment to my email...
This is to ensure I can get track with those who have made payment & those who haven't..

3) Please be informed that orders are limited per day because there's only ONE baker (me) with the help from my mak...
~ also , 'college mode' starts next week...huhu... ~

4) Starting from next week onwards , I will determine the Time of Delivery since I will be back to college & will be going to classes from morning till evening...(huuu... new semester , new mood ......)
Hope everyone is okay about that...
(^_*)

5) ............ errr... forgot already...HAHAHAHA... will update later... huhu...:sweaty:



Thank u !!

Lots of Luv ,


Read more...

Brownies Testimonial - Hazinee

>> Wednesday, July 1, 2009

Salam...
ini feedback dr Hazinee...

" Sedap brownies tu. Husband Znee pun suka sgt. Packaging pun cantik n practical. Nak bg org as a gift pun blh senyum thanks ye "


Alhamdulillah...
sy juga seronok dgr..
hehe...

thanx ya Znee...
:)





Lots of Luv ,


Read more...

Iklankan Blog Anda Di Sini.. (^____^)

About This Blog

Home

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP