Blog Widget by LinkWithin

.


Join Us On Facebook (^____^)


TERMA & SYARAT

* Tempahan hendaklah dibuat sekurang2nya 4 hari sebelum tarikh penghantaran

* Jika poskod anda tidak boleh sampai dalam sehari , kami tak galakkan utk pos pada hari Rabu , Khamis , Jumaat. Ini untuk elakkan sebarang kejadian kelewatan , kehilangan dan sebagainya.

* Bayaran perlu dibuat dalam masa 24jam selepas anda menerima email pengesahan daripada kami.

* Jika bayaran tidak diterima dalam masa ditetapkan , tempahan anda dianggap batal.
(Sila inform jika anda perlu bayar lewat)

* Kami tidak menerima sebarang COD (Cash On Delivery).

* Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas segala kehilangan atau kerosakan yang berlaku ketika dalam proses pengeposan.

*** Please Check For Date Availability ***

Announcement - Price Revised

>> Saturday, July 4, 2009

Bismillahirahmanirahim...

Assalamu'alaikum...



seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini...
kami ada pengumuman untuk dibuat tentang harga baru kami...
~jangan risau...kami buat ini untuk kebaikan di pihak anda semua juga~

sebelum itu...
biar saya terangkan sedikit tentang rombakan harga Brownies kami...
harap jangan ada yang salah faham dimana mungkin ada yang akan mengatakan yang kami sengaja menukar harga kerana permintaan...
bukan...
percayalah...
kami sendiri tak sangka atas permintaan yang datang...
& setelah segala tempahan yg diterima dinilai dan dikaji semula...
juga setelah kira2 dibuat...
kami dapati ada sedikit kerugian di pihak kami...

oleh itu...
setelah perbincangan keluarga dibuat...
kami mengambil keputusan untuk merombak semula harga Brownies kami...
rombakan / perubahan ini juga membawa untung kepada anda pembeli semua...


Harga Baru Brownies :

** Walnut Brownies:
- Large = RM 48
- Medium = RM 33

** Plain Brownies :
- Large = RM 40
- Medium = RM 28

kami menukar dari Full Tray kepada Large dan Half Tray kepada Medium supaya mudah untuk difahami dan lebih adil bunyinya...

harga untuk size Large adalah tidak berubah dari harga lama...
tapi yang berubah adalah harga untuk size Medium atau Half Tray...

untuk pengetahuan semua...
bilangan Brownies untuk size Medium adalah lebih banyak berbanding 'Half Tray'...
jika sebelum ini untuk size Half Tray , terdapat banyak ruang kosong dalam bekas yang kami sediakan...
selepas ini , untuk size Medium...
kami akan memenuhkan setiap ruang dalam bekas tersebut supaya anda dapat menikmati lebih banyak BRownies dari sebelumnya....
dan oleh sebab itu , kami menaikkan sedikit harga untuk size Medium & dalam masa yang sama , menambah bilangan Brownies dalam size itu...
jadi anda juga untung bukan?
:)

dan supaya anda tahu...
kami menggunakan bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan Brownies kami...
daripada coklat , butter , telur dan lain-lain , semuanya kami pilih produk yang bagus...
dan juga walnut...
harap anda tahu bahawa Walnut adalah kacang import , jadi harganya adalah mahal sedikit...

jika dibandingkan harga jualan dan kos ,
kami memang tak ambil banyak untung...
lagipun ini adalah percubaan pertama kami...
saya (Hunny) masih lagi belajar.. (sepenuh masa)
dan ini adalah hanyalah sambilan sahaja... (separuh masa)
sekadar mencari duit tambahan...
sebab itu kami tidak mencari untung yang banyak...
sekadar ingin berkongsi dengan anda di luar sana tentang Brownies kami...
:)

dan untuk penghantaran pula (Delivery)...
kami hanya akan menyediakan
'Self-Collect' di PKNS , Shah Alam sahaja
dan Poslaju...

Pick-up point hanyalah di PKNS , Shah Alam kerana mulai minggu hadapan , saya (Hunny) akan kembali ke kolej...
(sbb itu saya bagi promotion sementara saya masih free di rumah & saya sebolehnya cuba masukkan anda dalam minggu2 ini sebelum saya masuk kelas...)
dan Dyan pula bekerja sepenuh masa...
jadi kami tidak punya banyak masa untuk ke sana ke mari...
dan pihak kami bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang caj untuk penghantaran di PKNS , Shah Alam...
~berita baik untuk anda juga.. :) ~

dan untuk POSLAJU...
kami kenakan caj berikut :

- Semenanjung = RM 10
- Sabah Sarawak = RM 18

tetapi ingin dimaklumkan...
sekiranya anda menempah 2 size Medium (2 bekas Medium)...
caj Poslaju adalah berbeza iaitu :

- Semenanjung = RM 17
- Sabah Sarawak = RM 20

harap anda faham situasi kami dan jangan pernah menyesal membeli dari kami...
harap terus mendapat sokongan dari anda semua...
dan anda terus mempercayai kami...
:)

ini saya tulis semula senarai harga (price list) untuk rujukan anda :

** Walnut Brownies :
- Large = RM 48
- Medium = RM 33

** Plain Brownies :
- Large = RM 40
- Medium = RM 28

** Delivery
1) PKNS , Shah Alam = No Charge
2) Poslaju :
- Semenanjung = RM 10
- Sabah Sarawak = RM 18

- Jika dua bekas 'Medium' :
- Semenanjung = RM 17
- Sabah Sarawak = RM 20

Harga baru ini akan berkuatkuasa serta-merta...
Bagi pelanggan yang sudah menempah sebelum ini untuk minggu hadapan,
jgn risau...
harga anda adalah seperti yang sy nyatakan dalam email...
:)


"Baik untuk anda , baik juga untuk kami"

"Yang buruk cakap dengan kami , yang baik , sebarkanlah pada kawan-kawan..."

Terima kasih atas masa anda membaca pengumuman ini...
dan semoga anda semua dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati-Nya...
amin...

Sekian...





Lots of Luv ,


0 comments:


Iklankan Blog Anda Di Sini.. (^____^)

About This Blog

Home

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP