Blog Widget by LinkWithin

.


Join Us On Facebook (^____^)


TERMA & SYARAT

* Tempahan hendaklah dibuat sekurang2nya 4 hari sebelum tarikh penghantaran

* Jika poskod anda tidak boleh sampai dalam sehari , kami tak galakkan utk pos pada hari Rabu , Khamis , Jumaat. Ini untuk elakkan sebarang kejadian kelewatan , kehilangan dan sebagainya.

* Bayaran perlu dibuat dalam masa 24jam selepas anda menerima email pengesahan daripada kami.

* Jika bayaran tidak diterima dalam masa ditetapkan , tempahan anda dianggap batal.
(Sila inform jika anda perlu bayar lewat)

* Kami tidak menerima sebarang COD (Cash On Delivery).

* Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas segala kehilangan atau kerosakan yang berlaku ketika dalam proses pengeposan.

*** Please Check For Date Availability ***

Selamat Ulang Tahun yg Pertama !!!

>> Saturday, June 19, 2010



alhamdulillah...

Pinkyretro's Bazaar (PRB) telah pun menjamu selera anda selama setahun...



syukur dengan rezeki yg Allah berikan...

:D

banyak kenangan manis dan tak kurang juga kenangan yg kurang manis di lalui sepanjang menceburkan diri dalam perniagaan secara kecil-kecilan ini...
terlalu banyak...

antara kenangan manis ialah sudah tentu apabila Brownies kami menjadi bualan ramai dan menjadi pilihan ramai pelanggan di luar sana hingga permintaan terhadap Brownies kami tak putus-putus...

dan juga apabila , pelanggan2 yang sama kembali menempah Brownies kami berulang-ulang kali...
syukur alhamdulillah...
ini menunjukkan yang mereka amat menyukai Brownies kami dan sering teringat untuk menempah jika mahu buat jamuan , mahu beri hadiah kepada rakan2 atau keluarga , sebagai hantaran pertunangan atau perkahwinan atau pun utk makan sendiri...
bila pelanggan datang order semula , itu memberi petanda yang baik bahawa Brownies kami mendpt tempat di hati mereka...
terima kasih banyak2 kepada anda semua...
(minta maaf sebab saya tak sempat nk masukkan testimonial / feedback anda semua sebab kesuntukan masa...)

utk kenangan yang kurang manis pula...
rasanya kurang manis juga untuk diceritakan di sini...
biarlah saya simpan sendiri sebagai kenangan dan sebagai pengajaran atau pengalaman yang paling berharga untuk memperbaiki segala kelemahan dan untuk menjadi lebih matang...
insyaAllah..
:)

dan sebagai kenangan ulangtahun pertama , saya ada sesuatu yg istimewa nak diberikan kepada anda (yg terpilih)...
tapi bukan sekarang...
sebab saya agak busy dalam bulan ni...
insyaAllah nnt saya akan update lagi...

dan saya ada satu lagi berita untuk disampaikan bulan hadapan...
nantikan ya..
hehehe...

sampai sini dulu untuk kali ini...
diharap anda semua terus menyokong kami & PRB untuk terus maju ke hadapan dan lebih berjaya pada masa hadapan...
jangan serik untuk order Brownies kami...
insyaAllah kami sentiasa buatkan yang terbaik untuk anda semua ...
semoga kita sama2 dimurahkan rezeki oleh Allah dan diberkati-Nya...
amin...

"Ya Allah ya tuhanku... syukur ke atas kurniaan Mu ya Allah... kau permudahkanlah perjalanan perniagaan Pinkyretro's Bazaar...kau murahkanlah rezeki Pinkyretro's Bazaar...kau panjangkanlah usia Pinkyretro's Bazaar... kau peliharalah dan lindungilah Pinkyretro's Bazaar dengan kebaikan...dan kau berkatilah rezeki kurniaanMu ya Allah..."

amin yarabbal 'alamin...



untuk menempah / to order , click HERE....

Lots of Luv ,

Read more...

Selamat Tahun Baru 2010

>> Monday, January 4, 2010

Assalamu'alaikum...
wahai semua pembaca , pelanggan baru & lama , serta pelanggan-pelanggan setia kami...
apa khabar?
hehe..
lama saya tak muncul kat sini kan...
tapi business kami tetap berjalan seperti biasa...
tempahan pun boleh tahan juga...
alhamdulillah...
terima kasih pada yang membeli..
:D

saya nak ambil peluang ni utk terangkan keadaan sebenar...
mungkin ramai yg tertanya2...
mungkin juga ada yang tak puas hati atau sebagainya...

terlebih dahulu , saya nak minta maaf byk2...
untuk pengetahuan ,
sekarang sy sedang menjalani latihan praktikal ( L.I ) di salah sebuah hotel di selangor ni..
dah 2 bulan sy kerja (praktikal)...
tinggal lagi 2 bulan...
:D
kerja saya agak sibuk & agak penat sikit...
jadi sementara sy tgh kerja utk 4 bulan ni ,
mak & kakak (dyan) yang akan uruskan tempahan...
jadi memang tempahan kami masih dibuka...
jangan risau...
selagi termampu , kami akan cuba memenuhi permintaan anda...
mak happy sgt nk buatkan brownies...
hehehe...
:D

lagi satu yg sgt sgt penting saya nak bgtau...
kerja saya ada shift pagi & ptg...
jadi kadang2 saya shift pagi..
kadang2 saya shift petang (balik tgh malam..)
kerja juga agak sibuk , handphone saya silent kan...
jadi saya MINTA MAAF sgt sgt kalau saya terlepas panggilan anda atau terlambat reply sms anda...
bukan disengajakan...
saya tak perasan call anda...
mungkin juga anda call malam , & kebetulan sy kerja malam , pun saya tak perasan...
SMS pula mungkin saya reply beberapa jam selepas tu...
harap sgt anda semua memahami...
saya rasa bersalah sgt bila tak angkat call atau sms dr anda...
tapi bukan saya malas atau taknak jawab , cuma keadaan tak mengizinkan...
mungkin ada yang tak berpuas hati & berfikir yg saya tak bertanggungjawab smpi taknak jawab call atau lambat reply sms...
hanya maaf yg dpt saya katakan...

jadi kalau boleh...
apa apa order / tempahan yang anda ingin buat , silalah buat melalui email atau borang tempahan yang telah disediakan...
ini lagi senang kerana kakak (Dyan) akan tolong cek kan utk saya & akan reply secepat mungkin...
atau anda boleh juga terus hubungi Dyan utk urusan tempahan..
no telefon saya akan nyatakan selepas ini (sy lupa no dia lg satu...huhu...)

harap sgt anda memahami keadaan saya...
janganlah fikir yg bukan2 ya...
& janganlah serik order dr kami...
hehehe...

tentang kerja saya...
hehehe...
boleh lah..
mula2 agak kekok & tak selesa...
saya ambil masa 2 bulan utk membiasakan diri di tempat kerja & rakan2 sekerja yg lain...
penat jgn katalah kan...
semua kerja pun penat...
hehe...
kami kerja 8 jam tanpa duduk ...
ya tanpa duduk ya...
huhu...
bayangkanlah sakit kakinya mcm mana...
tp ini kerja yg sy pilih...
jadi nak tak nak sy kenalah bertahan...
hmm...
ada lagi 2 bulan...
tp bila fikir balik..
nnt dh bukak semester baru & kembali belajar , lagi byk tekanan kot..
hahaha...
mau fikir assignments lagi , exam lagi...
hahaha...
apela...
buat apa pun mesti ada cabaran kan...
kena tabah hadapinya...
wahh...
kuatkanlah semangatku Ya Allah...
:D

oklah...
semoga berjumpa lagi ya...

Selamat Tahun Baru 2010...
semoga anda akan lebih sukses & gembira di tahun 2010 ini...

assalamu'alaikum...
mmuuaahhhss....


Lots of Luv ,


Read more...

Kenangan Brownies Raya + Order Masih Macam Biasa

>> Wednesday, October 21, 2009

Salam...
hye...
kenyit

alhamdulillah...
saya dh habis exam utk sem 3...
agak susah...
tp tawakal jelah ...
mmg menaruh harapan , tp kali ni , saya terima apa je yg sy akan dpt..
hmmm...

:ha?:


ok...
lupakan pasal exam yg sudah berlalu...
lepas ni akan hadapi dunia kerja sebenar pula (praktikal)...
oh tidak...
menakutkan.....!!!
huhuhuh....
:sweaty:

tapi walau apa pun...
kami dh berbincang...
insyaAllah kami akan jalankan dan teruskan business mcm biasa...
order insyaAllah akan kami terima selagi yg mampu...
senyumkenyit

dalam 2 minggu ni (smpi akhir bulan 0ct)...
saya sedaya upaya akan cuba ambil tempahan sebyk yg mungkin utk memenuhi permintaan anda semua...
sbb sy tgh cuti...
hehehe...

lepas tu...
start dr bulan November...
order akan tetap dibuka... (melainkan ada dinyatakan...)
cuma order adalah sgt limited...
disebabkan masa dan tenaga kerja...
kenyit
harap anda semua memahami...
tp jgn risau...
anda tetap boleh buat tempahan...
:woooh:


sebarang perubahan akan kami beritahu kelak...
:)


oh ya,...
lama tak letak gambar kan?
hehehe...
ni gambar utk raya haritu...
yg dh siap packing je sempat amik...
dlm nya tak sempat...
huhu...
alhamdulillah...
terima kasih byk2 utk yg order...
walau penat , tp sgt happy...
hehe...
:eheh:










orait...
terima kasih...
(^_*)


Lots of Luv ,


Read more...

Doakan Saya... :D

>> Tuesday, October 13, 2009

Salam semua...
wahai anda semua yang baik hati...
nak minta tolong sikit boleh?
hehehe...

doakan utk exam saya ya...
saya sgt takut...
kepala sgt bercelaru...
pening pening....
gigil

"Ya Allah ya tuhanku... tenangkanlah hati & fikiran Marhaini Mihdzor dlm menghadapi peperiksaan semester ini... mudahkanlah Marhaini menjawab semua soalan peperiksaan dengan tepat dan cemerlang... berikanlah kejayaan yang cemerlang kepadanya... Amin... "


terima kasih semua !!!!
sayang anda semua...

:inlove:

Lots of Luv ,


Read more...

Iklankan Blog Anda Di Sini.. (^____^)

About This Blog

Home

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP